Penduduk perlu membuang sampah sarap ke dalam tong yang disediakan oleh pihak berkuasa dan bukannya di kaki tong sampah sehingga berlakunya lambakan sampah di kawasan tersebut.
Sikap Pemantauan Sampah adalah tanggungjawab sosial sebagai persediaan menghadapi banjir yang berpunca daripada saluran parit dan sungai tersumbat akibat pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik.
Penduduk perlu berubah dan mengamalkan cara hidup yang lebih baik kerana tabiat membuang sampah sesuka hati akan mewujudkan persekitaran yang kotor dan tidak selesa kepada penduduk setempat serta memberi impak negatif kepada negeri.